Kuasa veto

Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain. Veto berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "Saya larang". Biasanya hak ini adalah terhad sebab eksekutif dan penggubal undang-undang mempunyai tanggungjwab serta tugas yang berlainan seperti termaktub di dalam konsep pembahagian kuasa.

Kuasa veto secara praktik[sunting | sunting sumber]

Di bawah perlembagaan AS, presidennya mempunyai kuasa veto keatas sebarang rang undang-undang yang diluluskan Kongres. Namun kuasanya adalah terhad dan ia boleh dimansuhkan dengan undi dua pertiga dari kedua-dua dewan Kongres.

Kuasa veto juga boleh dilihat di Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lima ahli tetapnya iaitu China, Perancis, Great Britain, Amerika Syarikat, dan Rusia (sehingga 1991 - USSR) — masing-masing mempuyai kuasa veto.

Dieser Artikel basiert auf dem Artikel Kuasa veto aus der freien Enzyklopädie Wikipedia und steht unter der Doppellizenz GNU-Lizenz für freie Dokumentation und Creative Commons CC-BY-SA 3.0 Unported (Kurzfassung). In der Wikipedia ist eine Liste der Autoren verfügbar.